‘Ada 2 insiden disiasat PDRM didalangi agensi perisikan asing’ – KPN
‘Ada 2 insiden disiasat PDRM didalangi agensi perisikan asing’ – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan Malaysia menjadi sasaran berikutan pendirian tegas terhadap isu Palestin.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata PDRM sentiasa bersedia dalam usaha mencegah dan menangani pelbagai ancaman luaran yang berpotensi menjejaskan keselamatan negara.
Perkara itu, katanya, termasuklah sebarang agenda yang dibawa oleh agensi perisikan asing yang mungkin cuba campur tangan atau mengganggu-gugat kestabilan dan kedaulatan negara.
“Terdapat insiden yang dilaporkan dan disiasat oleh PDRM disyaki didalangi oleh agensi perisikan asing.
“PDRM mengesan dua kes yang dilaporkan iaitu kes penculikan warga Palestin dan kes memiliki enam pucuk senjata api yang didalangi oleh kumpulan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Tambah beliau, pelbagai mekanisme sudah diambil PDRM bagi memantau kemasukan warga negara asing yang masuk daripada pintu masuk negara.
“Dalam usaha ini, PDRM menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen, Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Polis Antarabangsa (INTERPOL).
“Kerjasama strategik juga dijalinkan bersama pelbagai agensi penguat kuasa di dalam dan luar negara,” katanya.
Mengulas lanjut, PDRM turut memberi perhatian serius terhadap kawalan keselamatan warga asing yang tinggal lama di negara ini, termasuk mereka yang bermastautin atau berada atas urusan pekerjaan seperti perunding asing.
“Dalam tindakan menjamin keselamatan warga Palestin yang menetap di Malaysia, mereka (warga Palestin) dinasihatkan mengamalkan gaya hidup berprofil rendah bagi mengelak menjadi sasaran terpilih dan melaporkan kepada pihak polis sebarang perlakuan yang mencurigakan ke atas mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“PDRM turut menjalin berkolaborasi strategik dengan agensi kerajaan yang terbabit dalam aspek keselamatan negara melalui pertukaran maklumat dan pandangan secara berterusan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa PDRM kekal komited dalam memastikan keselamatan Malaysia serta kesejahteraan rakyatnya sentiasa terpelihara.
Semalam, Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pendirian Malaysia yang lantang mempertahankan Gaza menjadi punca negara ini menjadi sasaran kehadiran ejen Mossad selain penyeludupan senjata dan dadah.
Anwar berkata, atas dasar itu, kerajaan sudah mengambil langkah tambahan termasuk melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengenal pasti tindakan terbabit dan meningkatkan keupayaan keselamatan negara.
‘Ada 2 insiden disiasat PDRM didalangi agensi perisikan asing’ – KPN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.