Wajah Ustazah Asma Harun Disamakan Dengan Ayda Jebat? [VIDEO]
“Macam Kembar Pula”
Wajah Ustazah Asma Harun Disamakan Dengan Ayda Jebat? [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Nur Suhada binti Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200%. Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 (2013) dan Pinjamkan Hatiku.
Kerjaya Ayda Jebat sebagai anak seni bermula apabila beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia kemudian beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak pembantu dan seterusnya mendapat perhatian ramai sehingga dikenali ramai.
Ayda Jebat juga telah berkahwin dengan dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
“Tengok Dari Tadi Ingat Ayda Jebat, Rupanya Ustazah Asma Harun”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @minazmy yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 460 ribu, tanda suka sebanyak 18 ribu dan sebanyak 529 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ustazah Asma Harun yang sedang melakukan live bersama jenama yang dikenali ramai. Kemudian beliau ditegur kerana mempunyai wajah seiras dengan selebriti Malaysia iaitu Ayda Jebat.
@minazmy Tak sangka @Ustazah Asma’ Harun ni kelakar orangnya. Ada yang tengok ke live kami haritu? Pecah perut tak koraaaang? 😂 #minaz #minazbasicxustazahasmaharum
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya wajah ustazah ada iras selebriti tersebut.
“mula mula ingat Ayda Jebat tadi, sungguh ustazah Asma sebijik muka Ayda Jebat”
“Macam Ayda Jebat pulak muka ustazah”
“Betullah, ingat Ayda Jebat”
“pakai cama tu memang betul seiras dengan Ayda Jebat bila dia pakai tudung”
“Comel ustazah, maaf ustazah saya gelak kuat, berulang kali tengok ni”-Netizen
Wajah Ustazah Asma Harun Disamakan Dengan Ayda Jebat? [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.