‘Rider’ ditahan miliki pil ekstasi wajah Trump
‘Rider’ ditahan miliki pil ekstasi wajah Trump

BANGKOK – Seorang penghantar makanan bermotosikal di Thailand ditahan kerana memiliki pil ekstasi berbentuk seperti wajah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor portal berita MSNews hari ini.
Polis melakukan pemeriksaan terhadap suspek yang dikenali sebagai Ekkarin,35, apabila dia berkelakuan mencurigakan dan cuba mengelak pemeriksaan trafik di daerah Wang Thonglang, Bangkok semalam.
Semasa menahan suspek, polis turut menemui 59 pil ekstasi, bersama barangan lain.
Ketika disoal siasat, suspek berkata, dia bekerja sebagai penghantar makanan dan membeli dadah itu untuk kegunaan sendiri.
Pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan niatnya untuk mengedar dadah.
Ekkarin didakwa memiliki pil ekstasi, mengendalikan motosikal semasa di bawah pengaruh dadah dan menggunakan narkotik secara haram. – AGENSI
‘Rider’ ditahan miliki pil ekstasi wajah Trump
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.