Pengubahan wang haram lebih RM900,000: Pegawai Imigresen Johor mengaku tak bersalah
Pengubahan wang haram lebih RM900,000: Pegawai Imigresen Johor mengaku tak bersalah

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM933,295 antara tahun 2022 hingga 2024.
Nas Suffian Nasrun, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan.
Lelaki itu didakwa terbabit secara langsung dalam transaksi wang haram berjumlah RM224,840 daripada akaun seorang lelaki ke akaun bank milik ibunya melalui 29 transaksi dalam talian antara 1 November 2023 hingga 29 Mei 2024.
Nas Suffian juga didakwa menerima RM297,600 hasil aktiviti haram daripada akaun bank penama sama ke akaun peribadinya dalam 29 transaksi antara 19 Oktober 2022 hingga 8 Ogos 2024, dan didakwa memindahkan RM113,375 daripada akaunnya ke akaun individu lain dalam 32 transaksi antara 16 April 2023 hingga 2 Nov 2023.
Lelaki itu turut didakwa memindahkan RM209,080 daripada akaun bank sebuah syarikat kendaliannya ke akaun miliknya melalui 55 transaksi dalam talian antara 29 Julai 2022 hingga 1 Julai 2024, selain didakwa memindahkan RM88,400 daripada akaun ibunya ke akaun sendiri dalam 17 transaksi antara 5 November 2023 hingga 23 September 2024 dengan kesemua pertuduhan didakwa dilakukan di dua cawangan bank di Kota Damansara dan Kajang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), manakala pertuduhan lain di bawah Seksyen 4(1)(b) akta sama.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah wang haram atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa ia dilakukan atau RM5,000,000 yang mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Amirah Muhammad Ali menawarkan jaminan RM800,00 dengan lelaki itu perlu dikenakan syarat tambahan.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Zaim Rosli memohon jaminan RM10,000 atau RM20,000 bagi setiap pertuduhan, dengan mengambil kira anak guamnya berpotensi dikenakan tindakan tahan kerja susulan pendakwaannya dan perlu menanggung lima orang anak yang masih bersekolah.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin kemudiannya menetapkan jaminan RM100,000 bagi semua pertuduhan dengan tertuduh perlu menyerahkan pasport ke mahkamah, melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat serta tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 September. – BERNAMA
Pengubahan wang haram lebih RM900,000: Pegawai Imigresen Johor mengaku tak bersalah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.