Palace kemuka rayuan mohon batalkan keputusan UEFA
Palace kemuka rayuan mohon batalkan keputusan UEFA

London: Crystal Palace mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap keputusan UEFA yang menggugurkan kelab itu daripada saingan Liga Europa dan menurunkan mereka ke Liga Konferens Eropah.
Rayuan itu dikemukakan terhadap badan induk bola sepak Eropah UEFA, kelab Perancis, Lyon dan pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest.
The Eagles dihukum kerana melanggar peraturan pemilikan pelbagai kelab, susulan pemilik bersama mereka dari Amerika Syarikat (AS), John Textor, turut memiliki saham majoriti dalam kelab Lyon, yang juga layak ke Liga Europa musim ini.
Forest, yang menamatkan musim lalu di tangga ketujuh EPL, dijangka menggantikan Palace – juara Piala FA – dalam saingan Liga Europa sekiranya hukuman UEFA dikekalkan.
Dalam rayuan mereka, Palace memohon agar keputusan badan kawalan kewangan UEFA dibatalkan dan mereka dibenarkan kembali ke Liga Europa, menggantikan sama ada Lyon atau Forest.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Keputusan rayuan dijangka diumumkan selewat-lewatnya pada 11 Ogos, manakala peringkat kumpulan Liga Europa akan bermula pada 24 September.
Mengikut peraturan UEFA, dua kelab yang dikawal atau dipengaruhi oleh pemilik atau entiti yang sama tidak boleh beraksi dalam pertandingan Eropah yang sama.
UEFA sebelum ini menetapkan tarikh akhir pada 1 Mac 2025 untuk mana-mana kelab menyusun semula struktur pemilikan bagi mengelakkan pertindihan, namun Palace gagal mematuhi tarikh akhir itu.
Palace dalam pembelaan mereka menegaskan bahawa John Textor tidak mempunyai kuasa mutlak atau pengaruh menentukan hala tuju kelab, namun UEFA menolak hujah berkenaan.
Palace kemuka rayuan mohon batalkan keputusan UEFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.