Gempur Dataran Otomobil: Warga asing bergegas tutup kedai, kelam kabut cuba lolos

Gempur Dataran Otomobil: Warga asing bergegas tutup kedai, kelam kabut cuba lolos

Gempur Dataran Otomobil: Warga asing bergegas tutup kedai, kelam kabut cuba lolos
Sekitar operasi bersepadu menyasarkan premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan warga asing di Shah Alam hari ini. – Foto ihsan MBSA

SHAH ALAM: Situasi tenang di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, di sini, bertukar kelam kabut sejurus lokasi itu digempur Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Jabatan Imigresen petang tadi.

Tambah kecoh rata-rata warga asing yang mengusahakan perniagaan seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, pusat cuci kenderaan, selain menjual ayam dan itik hidup di bahagian belakang kedai runcit mula bertempiaran lari mengelak ditahan.

Beberapa peniaga juga tergesa-gesa menutup perniagaan sebelum cuba meloloskan melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa susulan operasi bersepadu yang menyasarkan premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan warga asing itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, 89 premis perniagaan diperiksa dalam operasi itu sebelum lima daripadanya diarah tutup dengan satu premis disita.

Arahan tutup dikeluarkan atas pelbagai alasan antaranya melanggar syarat lesen, dikendalikan warga asing, menjual haiwan hidup dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Tadi saya ada tanya kepada warga asing (yang berniaga) dan mereka mengaku berniaga secara tidak sah selama lima tahun.

“Lima tahun ini satu tempoh panjang dan kita akan pastikan tidak berlaku lagi perkara ini di lain tempat,” katanya ketika sidang media di lokasi petang tadi.

Gempur Dataran Otomobil: Warga asing bergegas tutup kedai, kelam kabut cuba lolos
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim menampal notis arahan tutup premis yang dikendalikan warga asing ketika operasi bersepadu di Shah Alam hari ini. – Foto ihsan MBSA

Mohd Fauzi berkata, bagi premis yang diarah ditutup, pemilik diberi tempoh 14 hari untuk berjumpa MBSA bagi memberi penjelasan dan membuat pembetulan bagi pelanggaran syarat ke jabatan berkaitan.

“Tiada kompaun dikenakan, premis ditutup dalam tempoh 14 hari. Tindakan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBSA) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MBSA) 2007,” katanya.

Ketika ini, proses dokumentasi warga asing yang diperiksa dan ditahan masih berjalan membabitkan warga Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, India juga Pakistan.

Gempur Dataran Otomobil: Warga asing bergegas tutup kedai, kelam kabut cuba lolos

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker