Ara Johari Luah Geram Axia Kuning Langgar Lari, Tak Minta Maaf
“Penat Saya Jaga Kereta Tau!”
Ara Johari Luah Geram Axia Kuning Langgar Lari, Tak Minta Maaf
Kenderaan kesayangan dilanggar ketika dalam perjalanan ke lokasi persembahan, penyanyi Ara Johari meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah mahupun meminta maaf. Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 28, berkongsi pengalaman itu menerusi Instastory miliknya, menyifatkan insiden tersebut sebagai menyakitkan hati lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang jelas bersalah tetapi memilih untuk berdiam diri.
Menerusi hantaran tersebut, Ara menjelaskan kejadian berlaku apabila keretanya dilanggar oleh sebuah kenderaan Axia berwarna kuning. Walaupun pelanggaran itu tidak besar, dia tetap mengharapkan sedikit rasa tanggungjawab daripada pemandu terbabit, namun sebaliknya berlaku. “Abang bawa kereta Axia kuning, dah cium kereta saya sikit itu tak nak minta maaf ke?” tulisnya dengan nada kecewa.
Ara turut menyatakan kekecewaannya terhadap pemandu tersebut yang jelas melihat dirinya berada di dalam kereta ketika insiden berlaku, tetapi tetap berlalu pergi tanpa sebarang reaksi. Dia menyuarakan rasa geram kerana begitu menjaga kenderaan miliknya, namun dikecewakan oleh individu yang tidak peka. “Abang nampak kan saya dekat dalam (kereta) itu? Penat saya jaga kereta tau. Merajuk!” luahnya lagi.
Walaupun tidak memaklumkan tahap kerosakan yang dialami kenderaan tersebut, Ara tetap profesional dan meneruskan jadual kerja seperti biasa. Menerusi perkongsian di platform sama, penyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang itu dilihat menyampaikan beberapa buah lagu dalam satu majlis yang berlangsung pada malam kejadian. Tindakan itu mendapat pujian daripada peminat yang kagum dengan semangat dan komitmennya terhadap kerja walaupun hatinya sedang terguris.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Insiden tersebut juga mengimbas kembali tragedi yang pernah menimpa Ara sekitar tahun 2017, apabila dia terlibat dalam kemalangan serius yang menyebabkan keretanya rosak teruk serta dirinya mengalami gegaran kepala dan lebam pada beberapa bahagian tubuh. Dengan sejarah itu, tidak hairanlah mengapa Ara begitu berhati-hati dan memberi nilai sentimental terhadap kenderaan miliknya.
Kisah yang dikongsi Ara bukan sekadar luahan hati, tetapi turut membuka mata masyarakat mengenai pentingnya sikap bertanggungjawab di jalan raya. Kesalahan mungkin kecil, tetapi keikhlasan untuk mengaku dan meminta maaf mampu mencegah luka hati yang lebih dalam.
Ara Johari Luah Geram Axia Kuning Langgar Lari, Tak Minta Maaf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.