Warga emas meninggal dunia ketika daki Moongate Trail Botanic Garden
Warga emas meninggal dunia ketika daki Moongate Trail Botanic Garden

GEORGE TOWN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Moongate Trail Botanic Garden di Pulau Tikus, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata mangsa dikenali sebagai ialah Lim Kee Wan, berusia 60 tahun.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi memaklumkan seorang lelaki pengsan.
“Pasukan Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal yang tiba di lokasi pada 10.11 pagi cuba memberikan bantuan pernafasan, namun gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Warga emas meninggal dunia ketika daki Moongate Trail Botanic Garden
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.