Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja! [VIDEO]

Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja! [VIDEO]

Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja! [VIDEO]

Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.

Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees dan Inara Raisa.

Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja! [VIDEO]

 

“Pandainya Dia Pujuk Abang, Cepat betul Masa Dah Berjalan Dah Dia”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 515 ribu, tanda suka sebanyak 24 ribu dan sebanyak 60 komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Inara Raisa yang memujuk abangnya iaitu Isaac Raees yang sedang merajuk dengan memberinya mainan untuk bermain bersama.

@fansofisaacraees

Abang merajuk, adik pujuk ❤️ #inararaisa #isaacraees #aimanhakim #zahirah #aimanhakimridza #zahirahmacwilson

♬ Scheming Weasel – Tsoulfas Panormitis

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Inara seorang kanak-kanak yang bijak kerana pandai memujuk abangnya itu.

“Inara dah pandai berjalan la, tak terasa pulak”

“Pandai Zahirah gi pujuk Hakim yer hahaha”

“Adik hanya ada abang mestilah pujuk abang nanti hilang tempat manja”

“Hensem dan cantik anak Zahirah ni”

“Anak nombor 2 memang macam tu, ada je akal nya tu”

“alaa Inara comelnya pujuk abang handsome”

“Cepatnya masa, Inara dah pandai berjalan”

“Handsomenya si abang”

“geram betul tengok dua beradik ni, dedua comel”

“yang Isaac sebiji Aiman, yang Inara sebiji Zahirah”-Kata netizen

 

Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker