Pengguna TikTok disiasat muat naik kandungan jelik babitkan PM

Pengguna TikTok disiasat muat naik kandungan jelik babitkan PM

Pengguna TikTok disiasat muat naik kandungan jelik babitkan PM
Kakitangan MCMC menyiasat seorang pengguna TikTok selepas disyaki memuat naik dua kandungan berunsur palsu dan jelik serta melampau membabitkan Anwar. – Foto ihsan MCMC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang pengguna TikTok selepas disyaki memuat naik dua kandungan berunsur palsu dan jelik serta melampau membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MCMC dalam kenyataannya, berkata kandungan itu dipercayai dimuat naik sebagai reaksi terhadap isu berkaitan pesta tidak bermoral dalam negara serta kenyataan rasmi Perdana Menteri mengenai pemberian insentif penghargaan kepada rakyat.

“Dalam satu lagi hantaran, individu terbabit turut disyaki membuat tuduhan palsu dan jelik berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara,” katanya.

Bagi membantu siasatan, MCMC sudah memanggil individu berkenaan untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada Isnin, 21 Julai lalu.

Turut disita dalam proses itu satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM bagi membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Pihak MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan kandungan jelik melampau dan juga sebarang tuduhan tidak berasas.

“MCMC akan terus mengambil tindakan tegas demi memelihara ketenteraman awam serta keharmonian negara,” katanya.

Pengguna TikTok disiasat muat naik kandungan jelik babitkan PM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker