Peluncur udara tersasar, jatuh dalam belukar
Peluncur udara tersasar, jatuh dalam belukar

RANAU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam kawasan belukar selepas tersasar ketika melakukan aktiviti luncur udara atauĀ paraglidingĀ di Ranau Paragliding Park, Jalan Kompleks Sukan, di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 12.59 tengah hari itu, mangsa berusia 30 tahun dipercayai gagal mengawal arah luncuran lalu terjatuh di kawasan belukar tidak jauh dari lokasi pelepasan. Dia bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kawasan itu sebelum ketibaan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Rantey Fred, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.59 tengah hari sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati mangsa sudah keluar dari kawasan belukar dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM). Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.31 tengah hari.
Peluncur udara tersasar, jatuh dalam belukar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.