Panik didakwa terbabit kegiatan haram, pesara lebur RM892,000 diperdaya individu menyamar polis

Panik didakwa terbabit kegiatan haram, pesara lebur RM892,000 diperdaya individu menyamar polis

Panik didakwa terbabit kegiatan haram, pesara lebur RM892,000 diperdaya individu menyamar polis
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara sebuah syarikat minyak kerugian RM892,000 akibat terpedaya selepas individu menyamar polis menghubunginya mendakwa dirinya terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa seorang lelaki berusia 56 tahun menerima panggilan itu pada 30 Disember tahun lalu daripada individu menyamar wakil daripada platform beli-belah secara dalam talian dan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bagi memperdaya mangsa.

“Kononnya bagi mengelak mangsa ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang, mangsa perlu membuat transaksi kemasukan wang ke dalam akaun diarahkan sindiket.

“Selain itu, mangsa juga diarah mendedahkan maklumat perbankan dalam talian hingga membolehkan sindiket mengakses dan memindahkan wang itu keluar daripada akaun mangsa,” katanya.

Azli berkata, mangsa mula membuat transaksi ke dalam tujuh akaun berbeza milik sindiket pada 7 Januari hingga 10 Februari lalu dengan jumlah keseluruhan RM892,000 sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 4.08 petang semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan serta wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Polis menasihati orang ramai lebih berwaspada dengan helah sindiket penipuan dan perlu merujuk kepada pihak berwajib jika ragu terhadap panggilan diterima,” katanya.

 

Panik didakwa terbabit kegiatan haram, pesara lebur RM892,000 diperdaya individu menyamar polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker