Membesar dengan jersi United, Mbeumo teruja sertai barisan Red Devils
Membesar dengan jersi United, Mbeumo teruja sertai barisan Red Devils

London: Pemain sayap Cameroon, Bryan Mbeumo mendedahkan bahawa dia “membesar dengan memakai jersi Manchester United” selepas sah menyertai kelab itu dari Brentford menerusi kontrak sehingga 2030 dengan pilihan lanjutan setahun lagi.
Mbeumo, 25, dilaporkan menyertai juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan yuran perpindahan awal sebanyak £65 juta (RM389 juta), selepas meledak 20 gol dalam 38 perlawanan liga musim lalu bersama Brentford.
Tottenham Hotspur, yang kini dibimbing bekas pengendali Brentford, Thomas Frank, turut memburu pemain kelahiran Perancis itu sebelum tawaran lebih baik daripada United memuktamadkan perpindahan.
Tawaran ketiga United, bernilai £65 juta (RM389 juta) dengan tambahan insentif sebanyak £6 juta (RM35.9 juta), diterima minggu lalu.
“Sebaik sahaja saya tahu ada peluang untuk menyertai Manchester United, saya terus ambil kesempatan ini untuk menandatangani kontrak dengan kelab impian saya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Kelab yang jersinya saya pakai sejak kecil.
“Ini sebuah kelab besar, dengan stadium yang luar biasa dan penyokong yang menakjubkan. Kami semua benar-benar berazam untuk mencabar kejuaraan-kejuaraan utama,” tambahnya.
Ketua jurulatih United, Ruben Amorim sebelum ini turut membawa masuk dua lagi pemain dalam usaha mengelakkan keperitan seperti musim lalu.
United tewas kepada Tottenham di final Liga Europa dan menamatkan saingan liga di tangga ke-15, pencapaian terburuk mereka sejak musim 1973-74.
Penyerang Wolves, Matheus Cunha serta pemain pertahanan remaja Paraguay, Diego Leon turut berhijrah ke Old Trafford.
Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee sebelum ini gagal menyerlah sebagai penyerang utama di bawah Amorim musim lalu.
“Mentaliti saya ialah untuk sentiasa menjadi lebih baik daripada semalam.
“Saya tahu saya ada semangat dan karakter untuk pergi lebih jauh di sini, belajar daripada Ruben Amorim dan bermain bersama pemain bertaraf dunia,” kata Mbeumo.
Mbeumo berkembang pesat sepanjang enam tahun bersama Brentford, menjaringkan 70 gol dan mencipta 51 bantuan jaringan dalam 242 penampilan dalam semua kejohanan sejak berpindah dari kelab Perancis, Troyes pada 2019.
Membesar dengan jersi United, Mbeumo teruja sertai barisan Red Devils
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.