Liverpool setuju sambar Ekitike RM451 juta

Liverpool setuju sambar Ekitike RM451 juta

Liverpool setuju sambar Ekitike RM451 juta
HUGO Ekitike. FOTO REUTERS

London: Liverpool dilaporkan bersetuju untuk menandatangani penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike dalam satu perpindahan bernilai awal £69 juta (RM393.9 juta), menurut laporan hari ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengalihkan fokus kepada Ekitike selepas Newcastle enggan melepaskan penyerang Sweden, Alexander Isak, yang dinilai sekitar £150 juta (RM856.3 juta) oleh kelab berkenaan.

Newcastle dan Manchester United turut berminat mendapatkan Ekitike, namun Liverpool kini dilihat bakal memenangi persaingan untuk mendapatkan salah seorang bintang muda paling menyerlah di Eropah.

Difahamkan The Reds turut bersetuju membayar tambahan sebanyak £10 juta (RM57 juta) sebagai bayaran tambahan bergantung kepada prestasi, menjadikan nilai keseluruhan perpindahan pemain Perancis berusia 23 tahun itu mencecah £79 juta (RM451 juta).

Sebaik sahaja perpindahan dimuktamadkan, Ekitike akan menyertai skuad kendalian Arne Slot dalam siri jelajah pramusim mereka ke Asia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Ekitike menjaringkan 22 gol dalam 48 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Frankfurt musim lalu selepas berhijrah dari Paris Saint-Germain (PSG) ke kelab Bundesliga itu.

Dia tidak diturunkan dalam aksi persahabatan pramusim menentang FSV Frankfurt pada Sabtu, dan pengendali Eintracht, Dino Toppmoller mengakui pemergian Ekitike adalah satu ‘kerugian besar’.

Liverpool kini mempunyai kekosongan di bahagian serangan selepas kematian Diogo Jota akibat kemalangan jalan raya di Sepanyol baru-baru ini.

Liverpool setuju sambar Ekitike RM451 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker