Kereta jatuh tasik, wanita maut dan anak selamat

Kereta jatuh tasik, wanita maut dan anak selamat

Kereta jatuh tasik, wanita maut dan anak selamat
Orang ramai membantu menyelamatkan mangsa. – Foto NSTP/ Ihsan BOMBA

KUCHING : Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damataries Launtin berkata mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, manakala anaknya Nur Badrina Saharidan, 17, yang turut berada dalam kenderaan itu terselamat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipandu oleh mangsa sedang dalam perjalanan dari Desa Ilmu menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang menggunakan jalan dalam kawasan UNIMAS.

“Sebaik tiba di kawasan tasik berdekatan bulatan UNIMAS, kenderaan terbabit dipercayai berhenti seketika di tepi jalan di atas kawasan rumput sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam tasik,” menurutnya seperti dilaporkan BERNAMA yang memetik kenyataan.

Damataries berkata, Nur Shareefah Lusia disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS pada 11.51 pagi ketika menerima rawatan dan jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat manakala anaknya, yang juga Orang Kurang Upaya, tidak mengalami sebarang kecederaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam, namun wanita berusia 50 tahun tidak sedarkan diri manakala anaknya dalam keadaan selamat.

“Wanita itu sudah dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kereta jatuh tasik, wanita maut dan anak selamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker