Kecil hati dengan Liverpool, Diaz mahu tinggalkan Anfield

Kecil hati dengan Liverpool, Diaz mahu tinggalkan Anfield

Kecil hati dengan Liverpool, Diaz mahu tinggalkan Anfield
DIAZ dikatakan berminat untuk menyertai Bayern Munich selepas tidak ditawarkan kontrak yang setimpal oleh Liverpool. -FOTO AFP

Munich: Bayern Munich dijangka sekali lagi membuat tawaran kepada Liverpool apabila bersedia mengemukakan bidaan kedua untuk mendapatkan Luis Diaz yang dilaporkan amat berhasrat menyertai gergasi Jerman itu.

Liverpool sebelum ini menolak tawaran awal bernilai £58.6 juta (RM351.1 juta) daripada Bayern bagi pemain sayap Colombia itu, namun urusan perpindahan ini dijangka terus berlarutan.

Diaz adalah tonggak penting dalam skuad kendalian Arne Slot musim lalu apabila menyumbang 17 gol dan lapan bantuan jaringan dalam 50 penampilan merentas semua kejohanan, membantu The Reds menamatkan musim 2024/25 dengan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Meskipun masih berbaki dua tahun dalam kontraknya, Diaz difahamkan tidak berpuas hati dengan terma semasa dan sedang memburu kontrak baharu yang lebih lumayan.

Liverpool sebelum ini sudahpun menawarkan kontrak baharu dengan gaji tinggi kepada Virgil van Dijk dan Mohamed Salah selain turut berusaha untuk melanjutkan kontrak Trent Alexander-Arnold.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Namun, tiada kontrak baharu ditawarkan kepada Diaz setakat ini dan kelab memaklumkan ia bukan keutamaan mereka ketika ini.

Disebabkan itu, Diaz menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab.

Liverpool langsung tidak mempertimbangkan bidaan awal Bayern kerana menganggap nilai itu jauh daripada penilaian sebenar mereka terhadap pemain antarabangsa Colombia itu. Namun Bayern tidak berputus asa dan tetap mahu mendapatkan Diaz, yang dilihat sebagai pengganti Leroy Sane selepas pemain itu berhijrah ke Galatasaray musim panas ini.

Menurut laporan ESPN, Bayern kini sedang menyediakan tawaran kedua bernilai sekitar £60 juta (RM359 juta) dengan tambahan insentif.

Diaz difahamkan sangat bertekad meninggalkan Liverpool musim panas ini sekiranya gagal mendapat kontrak baharu dan memaklumkan niatnya kepada pihak kelab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Pemain berusia 28 tahun itu ketika ini sudah pun berlepas bersama skuad Liverpool ke jelajah pramusim mereka ke Hong Kong dan Jepun.

Liverpool dijadualkan menentang AC Milan dan Yokohama F. Marinos di Asia dan kehadiran Diaz menunjukkan kelab itu masih menganggap dia sebahagian daripada perancangan mereka.

Meskipun kini mengintai peluang ke Bayern, Diaz sebenarnya menyasarkan perpindahan ke Barcelona pada awal musim panas ini.

Pengarah sukan Barca, Deco secara terbuka mengakui minat mereka terhadap Diaz dan menurut ESPN, tawaran sebanyak £65 juta (RM389 juta) ditolak oleh Liverpool.

Barcelona kemudian cuba mendapatkan pemain Athletic Club, Nico Williams sebelum beralih kepada Marcus Rashford menerusi pinjaman daripada Manchester United.

Dengan Diaz pula menolak tawaran perpindahan ke Arab Saudi, Bayern kini muncul sebagai satu-satunya pilihan realistik yang masih terbuka buatnya.

Kecil hati dengan Liverpool, Diaz mahu tinggalkan Anfield

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker