Budak 8 tahun korban rempuhan majlis kahwin anak Gabenor

Budak 8 tahun korban rempuhan majlis kahwin anak Gabenor

Budak 8 tahun korban rempuhan majlis kahwin anak Gabenor
ORANG ramai menyerbu majlis perkahwinan anak Dedi sejak pagi. – iNews

JAKARTA – Kemeriahan majlis perkahwinan anak Gabenor wilayah Jawa Barat, Dedi Mulyadi bertukar tragedi apabila tiga orang maut termasuk seorang kanak-kanak akibat rempuhan ketika orang ramai berpusu-pusu mendapatkan makanan percuma, lapor laman berita Berita Merdeka semalam.

Kejadian berlaku Jumaat lalu apabila tuan rumah mengedarkan sebanyak 5,000 makanan percuma di Alun-Alun Garut

Menurut saksi, keadaan terlalu padat dengan orang ramai yang saling menolak untuk mendapatkan makanan percuma.

“Ramai orang pengsan dan saya turut membantu kanak-kanak yang tersepit. Pintu pagar hanya dibuka sedikit sahaja,” kata seorang penduduk, Neulis.

Tambah Neulis, dia cuba membantu beberapa orang termasuk salah seorang mangsa maut yang berusia lapan tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Kakak saya menggendong mangsa sambil berlari. Namun, selepas diperiksa keadannya, dia sudah tidak bernyawa,” kata Neulis.

Menurut laporan, tuan rumah membuat pengumuman mengenai pemberian makanan percuma menerusi media sosial.

Ia menyebabkan beribu-ribu orang membanjiri lokasi majlis perkahwinan sejak pagi. – AGENSI

Budak 8 tahun korban rempuhan majlis kahwin anak Gabenor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker