Arteta pertahan tindakan Arsenal dalam isu Partey
Arteta pertahan tindakan Arsenal dalam isu Partey

Singapura: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan beliau “100 peratus yakin” bahawa kelabnya mematuhi semua proses yang betul berhubung cara mereka mengendalikan kes membabitkan Thomas Partey.
Pemain tengah Ghana itu dikenakan lima pertuduhan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual oleh Polis Metropolitan pada 4 Julai lalu, iaitu empat hari selepas kontraknya bersama The Gunners tamat.
Kesalahan berkenaan membabitkan tiga wanita dan didakwa berlaku antara tahun 2021 hingga 2022. Partey, 32, dijadualkan hadir ke Mahkamah Majistret Westminster pada 5 Ogos ini.
Partey yang menafikan semua pertuduhan itu, pertama kali ditahan pada Julai 2022, namun tidak dinamakan secara terbuka ketika siasatan masih berjalan dan terus beraksi bersama pasukan.
Dalam satu kenyataan, peguam Partey menyatakan: “Thomas Partey menafikan semua pertuduhan terhadapnya. Dia memberikan kerjasama penuh kepada polis dan CPS sepanjang siasatan selama tiga tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Kini dia menantikan peluang untuk membersihkan namanya.”
Sementara itu, kenyataan rasmi Arsenal menyebut: “Kontrak pemain berakhir pada 30 Jun. Disebabkan prosiding undang-undang yang masih berjalan, kelab tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes ini.”
Masa pertuduhan yang dikenakan iaitu beberapa hari selepas kontrak Partey berakhir turut menjadi perbincangan hangat dan mengundang pelbagai persoalan.
Ini termasuklah persoalan mengapa kelab tidak menggantung pemain itu, selain laporan mengatakan Arsenal ketika itu sedang berunding untuk menyambung kontraknya.
Bercakap buat kali pertama sejak Partey didakwa, ketika sidang media jelajah pramusim di Singapura, Arteta berkata: “Kelab sudah jelaskan segalanya dalam kenyataan rasmi. Terdapat banyak perkara undang-undang yang rumit dan saya tidak boleh mengulas lanjut.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Namun apabila ditanya sama ada beliau berasa yakin dan selesa dengan tindakan kelab, Arteta dengan tegas menjawab:
“100 peratus.”
Arteta pertahan tindakan Arsenal dalam isu Partey
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.