Ahli perniagaan rugi RM1.5 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Ahli perniagaan rugi RM1.5 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

NILAI: Ahli perniagaan rugi RM1.5 juta selepas terpedaya dengan tawaran pulangan lumayan skim pelaburan tidak wujud di media sosial.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan satu individu yang tidak dikenali sejak April lalu melalui Facebook sebelum berminat untuk menyertai skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan sindiket.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kira-kira jam 4.20 petang semalam, kaunter aduan Balai Polis Pantai, di sini, menerima satu aduan daripada seorang mangsa.

“Lelaki tempatan berusia awal 50-an yang juga ahli perniagaan menyatakan berurusan dengan seorang individu yang menawarkan skim pelaburan atas talian itu pada 29 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, pengadu dikatakan berminat untuk melabur dalam pelaburan itu kerana dijanjikan keuntungan yang lumayan dan diminta untuk muat turun satu aplikasi bernama ‘CDT MAX’ ke dalam telefon bimbit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Pengadu kemudian dikatakan memindahkan wang ke dalam tujuh akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan melalui 15 transaksi dengan jumlah RM1,449,750,” katanya.

Beliau berkata, pengadu hanya menyedari ditipu selepas diminta untuk membuat pembayaran tambahan sekiranya hendak mengeluarkan keuntungan pelaburan berkenaan.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan.

 

Ahli perniagaan rugi RM1.5 juta selepas terpedaya dengan tawaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker