AFC tiada maklumat dakwaan Malaysia bakal digantung FIFA

AFC tiada maklumat dakwaan Malaysia bakal digantung FIFA

AFC tiada maklumat dakwaan Malaysia bakal digantung FIFA
DATUK Seri Windsor Paul. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjauhkan diri daripada dakwaan bahawa Malaysia mungkin digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana didakwa memanipulasi peraturan proses naturalisasi pemain.

Dakwaan itu dibuat oleh penganalisis bola sepak Indonesia, Justinus Lhaksan, lebih dikenali sebagai Coach Justin yang menuduh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melanggar peraturan kelayakan pemain antarabangsa dengan menurunkan beberapa pemain yang berasal dari Amerika Selatan.

Dalam podcastnya bertajuk ‘Bukan Bincang Sepak Bola Biasa’, Justin mendakwa Malaysia menggunakan pemain yang mempunyai ‘salasilah rekaan’ dan menyatakan bahawa FIFA mungkin mengenakan sekatan, termasuk kemungkinan penggantungan sehingga tahun 2027.

Namun begitu, baik FIFA mahupun AFC belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi.

“Kami tidak menerima sebarang makluman mengenai penggantungan. Tambahan pula, FAM akan menjadi pihak pertama yang dimaklumkan, bukan pihak lain,” kata Windsor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“AFC tidak mempunyai sebarang maklumat kerana perkara seperti ini terletak di bawah bidang kuasa FIFA,” katanya lagi.

Dakwaan ini timbul selepas lima pemain kelahiran Amerika Selatan iaitu Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Facundo Garces diturunkan ketika Harimau Malaya meraih kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu.

Coach Justin juga mendakwa penyertaan Malaysia dalam Kejohanan Bawah 23 Tahun ASEAN iaitu kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dibenarkan kerana ia bukan pertandingan yang mendapat pengiktirafan FIFA.

Namun tanpa sebarang komen rasmi atau bukti daripada FIFA, dakwaan berkenaan kekal tidak berasas dan bersifat spekulasi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat dihubungi untuk memberikan sebarang kenyataan.

 

AFC tiada maklumat dakwaan Malaysia bakal digantung FIFA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker