4 pemain berpangkalan di luar negara suntik tenaga Malayan Tigress B-20
4 pemain berpangkalan di luar negara suntik tenaga Malayan Tigress B-20

Shah Alam: Kehadiran empat pemain muda berpangkalan di luar negara dijangka menjadi suntikan tenaga baharu kepada skuad Malayan Tigress Bawah 20 Tahun (B-20) menjelang pusingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 di Kuala Lumpur, bulan depan.
Ketua jurulatih, Cameron Ng berkata, pemain itu membawa nilai tambah penting kepada skuad negara menerusi pengalaman beraksi dalam persekitaran berintensiti tinggi di luar negara, sekali gus memberi impak positif terhadap corak latihan dan kesiapsiagaan rakan sepasukan tempatan.
“Secara peribadi, saya berpendapat pemain tempatan memiliki kualiti cukup baik. Namun, apabila pemain dari luar negara menyertai pasukan, mereka membawa dimensi dan pengalaman berbeza yang mampu memperkayakan corak latihan serta meningkatkan intensiti permainan.
“Pengalaman yang mereka bawa amat penting untuk membantu rakan sepasukan tempatan memperoleh pendedahan baharu.
Dalam usaha memperkemaskan persiapan menjelang saingan kelayakan, Cameron memaklumkan pasukannya akan mengharungi tiga aksi persahabatan termasuk satu perlawanan antarabangsa menentang Singapura dan dua perlawanan menentang kelab tempatan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tiada perancangan untuk mengadakan perlawanan menentang skuad lelaki kerana fokus utama adalah untuk memperkukuh daya saing dalam kalangan pemain wanita sendiri.
“Kami menyertai kejohanan ini bukan sekadar untuk melengkapkan jadual, sebaliknya dengan matlamat memberikan aksi terbaik dan meraih keputusan positif.
“Namun, kita juga harus sedar Jepun, Iran dan Guam bukan lawan mudah. Apa yang penting, pemain turun dengan semangat juang tinggi dan tidak gentar menghadapi cabaran,” katanya.
Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Jepun, Iran dan Guam dengan semua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, dari 6 hingga 10 Ogos ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Lapan juara kumpulan serta tiga naib juara terbaik akan mara ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-20 2026 yang akan berlangsung di Thailand dari 1 hingga 18 April 2026.
4 pemain berpangkalan di luar negara suntik tenaga Malayan Tigress B-20
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.