Watie Jelaskan Isu Talita
“Cuma Salah Faham, Bukan Biadab”
Watie Jelaskan Isu Talita
Baru-baru ini, tular di media sosial video yang menunjukkan Dzahira Talita Zahra, anak kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, dikatakan bercakap kasar terhadap ibu tirinya, Watie Hanifiah.
Netizen Kurang Senang Dengan Cara Pangilan Talita
Dalam video tersebut, Talita yang baru berumur11 tahun kedengaran memanggil Watie dengan panggilan “woi” ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok.
Isu ini pantas mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya kurang senang dan menganggap Talita tidak menghormati orang lebih tua.
Menurut Harian Metro, Watie tampil menjelaskan situasi sebenar dan menyifatkannya sebagai satu salah faham.
Malah Watie juga menyatakan perkara itu berlaku secara spontan dan bukan sesuatu yang patut diperbesarkan.
Talita Seorang Anak Yang Baik

Katanya, Talita merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah bersikap kasar sebagaimana yang digambarkan.
Talita mungkin tidak sedar apa yang dia katakan semasa ‘live’.
Dia tengah berinteraksi dengan penonton dan bukan sengaja nak kurang ajar.
Kalau di rumah ada berlaku cakap kasar, saya memang akan tegur.
Sebagai langkah awal, Watie juga sudah berbincang dengan Talita selepas video tersebut menjadi bualan ramai.
Dia mahu memastikan Talita memahami situasi sebenar dan tidak berasa bersalah atau tertekan.
Saya terus berterus-terang dengan Talita, saya tak nak dia keliru atau fikir dia buat salah besar.
Saya juga tak mahu dia terasa sebab video tu saya yang muat naik, tapi dia pula yang kena kecam.
Jangan Terlalu Cepat Menghukum

Shuib kemudian berkahwin dengan Watie pada 23 Jun 2023, dan sejak itu, Watie turut menjaga anak-anak Shuib.
Kesimpulannya, Watie berharap orang ramai tidak cepat menghukum dan memberi ruang buat Talita membesar dalam suasana yang positif.
Katanya, apa yang berlaku hanyalah reaksi spontan seorang kanak-kanak yang sedang belajar dan masih menyesuaikan diri dengan perhatian ramai.
Watie Jelaskan Isu Talita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.