Warga emas maut dihempap kenderaan terbalik

Warga emas maut dihempap kenderaan terbalik

Warga emas maut dihempap kenderaan terbalik
Seorang maut selepas pikap terjunam ke dalam gaung di Song, Kapit malam tadi. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Lelaki warga emas maut manakala empat lagi selamat selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam dalam gaung di Batu 24, Jalan Musah Kajah di Song, Kapit, malam tadi.

Mangsa, Berain Sinau, 80, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihempap kenderaan yang terbalik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.50 malam.

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song diarah ke tempat kejadian menggunakan dua pikap melalui jalan balak dan tiba pada jam 9.23 malam di lokasi yang terletak 46 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton terbabas dan terjunam dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Seorang mangsa dihempap kenderaan itu disahkan meninggal dunia, seorang lelaki berusia 43 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar oleh orang awam ke Hospital Kanowit, manakala tiga lagi lelaki berusia antara 44 hingga 61 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, bomba dan polis terpaksa meminta bantuan jentolak syarikat pembalakan berdekatan tempat kejadian bagi membuka laluan untuk menarik kenderaan itu ke tempat yang selamat.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dilaporkan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 50 tahun hilang kawalan ketika melalui kawasan berbukit.

Warga emas maut dihempap kenderaan terbalik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker