Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin [VIDEO]
“Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”
Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin
Personaliti fesyen dan usahawan terkenal, Wak Doyok, meluahkan pandangannya secara terus terang berkenaan trend fesyen lelaki masa kini yang dilihat semakin ‘terlajak’ feminin, terutamanya bila melibatkan rekaan untuk acara glamor seperti karpet merah.
Tidak Bersetuju Dengan Gaya Lelaki Ke Arah Feminim

Menurut Wak Doyok, beliau langsung tidak bersetuju dengan gaya rekaan lelaki yang terlalu cenderung ke arah gaya perempuan.
Dari perkongsian video oleh Instagram HLive, bagi Wak Doyok, lelaki seharusnya kekal dengan identiti maskulin dan tidak perlu diubah penampilannya.
Pandangan saya, memang tak setuju 100 peratus. Sebab kita tak nak feminimkan lelaki.
Kalau baju lelaki, mestilah nampak lelaki.
Tambahnya lagi, jika seseorang pereka berminat dengan gaya feminin, lebih baik mereka fokus sepenuhnya kepada rekaan untuk wanita sahaja.
Kalau awak nak fokus pada fesyen perempuan, fokus pada fesyen perempuan.
Jangan kacau fesyen lelaki.
Masih Menghormati Hak Individu

Contohnya saya, Wak Doyok, kalau tiba-tiba pakai feminin, dengan misai saya, jambang saya – terus jadi keliru.
Macam tak kena langsung.
Walaupun beliau menghormati hak individu untuk bergaya mengikut citarasa masing-masing, Wak Doyok berpendapat bahawa sebagai pereka fesyen, tanggungjawab untuk mengekalkan identiti maskulin dalam rekaan lelaki sepatutnya diutamakan.
Terpulang kepada individu nak buat fesyen sendiri.
Tapi sebagai designer, janganlah ambil alih perkara yang tak sepatutnya.
Jangan campur-campur.
Fesyen Lelaki Seharusnya Dikekalkan Maskulin
Menurut pemerhatian Wak Doyok, kebanyakan pereka lelaki kini cenderung menghasilkan rekaan artis lelaki yang terlalu feminin, lengkap dengan ropol dan perincian halus yang sinonim dengan pakaian wanita.
Kita tengok kebanyakkan designer lelaki membuat baju artis lebih kepada feminim.
Contoh ada ropol-ropol.
Secara ringkas, Wak Doyok menyeru agar fesyen lelaki dikekalkan dengan elemen maskulin yang asli, bukannya dipengaruhi gaya feminin yang berlebihan.
Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.