Serbu stor rampas 30,148 tan minyak sawit mentah
Serbu stor rampas 30,148 tan minyak sawit mentah

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKNDKA) menyerbu sebuah stor tersorok di dalam ladang kelapa sawit dan merampas 30,148 tan minyak sawit mentah (CPO) bernilai RM152,090.
Pengarah JKNDKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, berkata serbuan operasi bersepadu Ops Taring dilakukan pada jam 7 malam 15 Julai lalu.
“Ia merangkumi Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman bersama pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu serta pasukan pegawai penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
“Serbuan yang dilakukan ke atas sebuah stor tersorok di dalam ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah,” katanya.
Operasi itu berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 31 tahun dan turut merampas sebuah kepala lori berserta tangki yang mengandungi 30,000 liter CPO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Turut dirampas, van, tiga pam minyak bermotor serta hos, sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter mengandungi 200 liter CPO, dan tangki plastik berkapasiti 1,400 liter mengandungi lebih kurang 1,400 liter CPO.
Selain itu, kata Azmi, sebuah tong drum berkapasiti 200 liter mengandungi lebih kurang 20 liter CPO.
“Keseluruhan rampasan CPO dianggarkan seberat 30,148 tan yang bernilai RM152,090 manakala nilai rampasan keseluruhan di dalam operasi ini dianggarkan berjumlah RM645,890.
“Siasatan dijalankan oleh pihak MPOB mengikut Peraturan 5 (1) (b) peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
“Jika bersabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Tambah Azmi, hasil pemeriksaan di dalam serbuan yang sama, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan sebanyak lima saman ke atas pemilik dan pemandu kenderaan yang diperiksa atas pelbagai kesalaha.
Antaranya, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans kenderaan dan tidak memiliki lesen memandu.
Serbu stor rampas 30,148 tan minyak sawit mentah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.