Penuntut khayal di ‘pesta persendirian’ dalam rumah banglo ditahan

Penuntut khayal di ‘pesta persendirian’ dalam rumah banglo ditahan

Penuntut khayal di 'pesta persendirian' dalam rumah banglo ditahan
Polis menyerbu sebuah rumah banglo yang mengadakan pesta persendirian di Subang Jaya yang dihadiri penuntut IPTS. – Foto Ihsan PDRM

SUBANG JAYA: Penuntut yang leka dan khayal dalam ‘private party’ atau pesta persendirian selepas mengambil dadah di sebuah rumah banglo di daerah ini mengundang padah apabila diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menjalankan serbuan itu jam 12.30 tengah malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dapati seramai 38 orang terdiri daripada 25 warga negara tempatan dan 13 warga asing menyertai ‘private party’ terbabit.

Kebanyakan yang berhibur adalah daripada golongan remaja yang juga penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 18 hingga 27 tahun.

“Dalam serbuan terbabit polis menahan empat lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 25 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Sebanyak 6.5 gram disyaki dadah jenis ganja dan 1.7 gram disyaki dadah jenis ketamin dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azlan berkata, kesemua pengunjung dibawa ke BSJN IPD Subang Jaya untuk menjalankan ujian air kencing.

“Hasil ujian air kencing mendapati seramai sembilan warga tempatan dan tiga warga negara asing positif dadah. Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Penuntut khayal di ‘pesta persendirian’ dalam rumah banglo ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker