Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Sebenarnya penulis kurang berminat untuk menjawab tuduhan Ketua Cabang PKR Cabang Gerik, Dr Ahmad Safwan Mohamad.

Tetapi sekiranya tuduhan tersebut dibiarkan tanpa sebarang penjelasan, ianya akan memberikan imej buruk kepada UMNO.

Parti UMNO akan dilihat sebagai parti politik yang menunggang kuasa politik untuk menyelamatkan pemimpin UMNO.

Dalam satu kenyataannya, beliau menganggap desakan segelintir Ketua UMNO Bahagian supaya Anwar Ibrahim segera melaksanakan Titah Adendum berhubung isu pengampunan terhadap DS Najib sebagai tidak beradab dan biadab.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja memberi tekanan tidak wajar kepada Anwar.”

“Malah berisiko mengelirukan rakyat serta mencemar prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.”

“Ia seolah-olah memperlekeh peranan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang sentiasa menjunjung tinggi institusi Raja-Raja Melayu serta proses perundangan negara,” dakwa beliau.

Untuk berlaku adil, kita lihat semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Ahmad Safwan.

Beliau berkata, desakan tersebut datangnya dari hanya segelintir pemimpin akar umbi UMNO di seluruh negara.

Untuk pengetahuan Dr Ahmad Safwan, UMNO mempunyai 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Dan 160 dari 191 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara bukanlah segelintir, tetapi suara majoriti pemimpin akar umbi UMNO di seluruh negara.

Dr Ahmad Safwan juga mendakwa, tindakan 160 Ketua UMNO Bahagian itu berisiko mengelirukan rakyat serta mencemar kedaulatan undang-undang negara.

Realitinya, rakyat sememangnya sudah keliru.

Institusi manakah yang berada di hierarki tertinggi negara?

Apakah institusi eksekutif berada di atas institusi Raja Raja Melayu atau sebaliknya?

Bukankah Jabatan Peguam Negara berada di bawah institusi eksekutif, mengapakah begitu berani bermain tarik tali dengan titah yang dikeluarkan oleh institusi Raja Raja Melayu?

Dan titah tersebut dikeluarkan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya kita semua menghormati institusi Raja Raja Melayu dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, mengapakah titah YDP Agong tidak dilaksanakan?

UMNO Bukan Parti Jalanan Yang Tidak Beradab

UMNO Bukan Parti Jalanan Yang Tidak Beradab

 

Untuk pengetahuan Dr Ahmad Safwan, UMNO bukanlah parti yang dilahirkan di jalanan yang tidak mengenal adab.

UMNO juga dilahirkan bukan atas dasar dendam dan kebencian.

Belum pernah tercatat melalui pena sejarah UMNO, perjuangan UMNO berpaksikan keganasan dan kebencian.

2 perhimpunan yang pernah disertai akar umbi UMNO adalah perhimpunan menentang Malayan Union dan perhimpunan menentang ICERD.

Kedua-duanya dilakukan secara aman.

Tidak ada kereta polis yang dirosakkan, tidak ada harta awam yang yang dimusnahkan.

UMNO ditubuhkan sebagai wadah perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Institusi Raja Raja Melayu dihormati dan rakyat disayangi.

Setiap gerak langkah UMNO pasti akan bersendikan adab Melayu dan berpasakkan kedaulatan undang-undang.

Yang dizalimi pasti akan dibela dan yang menzalimi pasti akan ditentang habis-habisan.

Jangan sempitkan pandangan kita mengenai isu titah adendum dari YDP Agong.

Ianya bukan soal individu yang bernama DS Najib Razak.

Tetapi ianya mencakupi pelbagai sudut.

Ianya mengenai kedaulatan Raja Raja Melayu, keluhuran perlembagaan dan keadilan proses perundangan negara.

Apakah kita mahu akan ada precedent mahkamah di mana kuasa Raja Raja Melayu boleh dicabar dan dibatalkan di mahkamah?

Apakah menuntut keadilan serta tuntutan menghormati titah YDP Agong boleh ditafsirkan sebagai satu kebiadapan?

Kepada Dr Ahmad Safwan, kalau menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar.

 

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker