Gabi tekad perbaiki rekod TFC musim ini

Gabi tekad perbaiki rekod TFC musim ini

Gabi tekad perbaiki rekod TFC musim ini
PEMAIN import baharu TFC, Silva idam pencapaian lebih baik bersama skuad itu pada musim ini. FOTO Ihsan TFC

Kuala Terengganu: Bintang import baharu Terengganu FC (TFC), Gabriel Silva akui mula ‘jatuh cinta’ untuk beraksi dengan skuad itu sejak musim lalu lagi.

Pemain kelahiran Brazil yang lebih mesra dipanggil ‘Gabi’ berkata, keinginan itu hadir ketika dia mewakili pasukannya dari Kemboja, PKR Svay Rieng FC menentang TFC dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN pada musim lalu.

“Sebenarnya keinginan saya untuk menyarung jersi TFC ini hadir pada musim lalu lagi ketika bertemu skuad ini pada peringkat kumpulan bagi merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Selain pasukan ini mempunyai kualitinya yang tersendiri, penyokongnya juga bersemangat dan bagus dengan sentiasa memberikan sokongan padu kepada TFC setiap kali beraksi.

“Begitu juga suasana negeri dan negara Malaysia ini, jadi dengan tawaran daripada pengurusan TFC, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyarung jersi pasukan ini,” katanya yang menjadikan penyerang Brazil, Neymar sebagai idolanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Ketika ditanya impiannya bersama pasukan baharunya itu, pemain berketinggian 1.69 meter itu idam untuk memperbaiki rekod pencapaian TFC pada musim ini.

“Saya gembira bersama TFC, selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan, saya lihat kelab ini berpotensi untuk melangkah lebih jauh lagi pada musim ini.

“Pada masa sama saya akan berikan yang terbaik sebagaimana aksi bersama kelab lain sebelum ini kerana impian saya sudah tentu membantu pasukan meraih pencapaian lebih baik berbanding sebelum ini.

“Harap penampilan pertama saya bersama TFC dan dalam Liga M ini memberi tuah buat pasukan,” ujar pemain pemain berusia 28 tahun itu.

Berdasarkan rekod, pemain yang memakai jersi bernombor 9 itu adalah antara watak penting PKR Svay Rieng FC ketika menumpaskan TFC 3-2 dalam saingan Piala Shopee musim lalu dan salah satu jaringan dihasilkan pemain itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Ketika bersama kelab Kemboja itu, antara kejuaraan yang pernah dijulang adalah muncul juara Liga Kemboja dua musim berturut-turut (2023, 2024) dan menjuarai Piala Hun Sen pada 2023.

Pemain yang memiliki statistik yang cemerlang dalam kejohanan serantau seperti Kejuaraan Kelab ASEAN dan Piala AFC ini menjadi antara pemain yang menjadi tumpuan kelab-kelab di Asia Tenggara.

Gabi tekad perbaiki rekod TFC musim ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker