Cicak terapung dalam hidangan sup

Cicak terapung dalam hidangan sup

Cicak terapung dalam hidangan sup
Bangkai cicak yang terapung di dalam sup bayam pelanggan. – Shin Min Daily News

SINGAPURA  – Seorang pelanggan di Singapura mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila menemui bangkai seekor cicak di dalam sup bayam yang dipesan, lapor portal berita Must Share News.

Penemuan berlaku sekitar pukul 1 tengah hari di medan selera Food Dynasty dekat bangunan Lazada One.

“Sup bayam itu dibeli pada harga S$6.50 (RM22).

“Anak saya menemui objek pelik terapung di dalam supnya. Dia terkejut apabila objek tersebut adalah bangkai cicak yang masih sempurna,” kata Zheng.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Pekerja medan selera pada awalnya mendakwa bahawa bangkai itu adalah ikan bilis sebelum menyedari kesilapan mereka dan memulangkan wang pelanggan.

Seorang pekerja bernama Nguyen Thi Luan berkata, cicak itu dipercayai terjatuh dari siling dan terlepas daripada perhatian mereka.

“Kami tidak tahu bila cicak itu masuk ke dalam sup. Cicak biasanya tidak muncul di medan selera ini. Ini kali pertama saya melihatnya,” kata Thi Luan. – AGENSI

Cicak terapung dalam hidangan sup

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker