Bangunan maahad tahfiz terbakar, 20 pelajar, 4 ustaz selamat
Bangunan maahad tahfiz terbakar, 20 pelajar, 4 ustaz selamat

KUCHING: 24 penghuni Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah di Jalan Semerah Padi, di sini terpaksa mengosongkan bangunan sekolah terbabit selepas premis berkenaan terbakar hari ini.
Kebakaran membabitkan bangunan dua tingkat berlaku berlaku sekitar jam 5.47 petang dengan punca kejadian dipercayai akibat litar pintas.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan, Mohd Nizam Bujang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.47 petang sebelum mengatur gerak jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.
“Semua 24 penghuni membabitkan 20 pelajar berusia 10 hingga 16 tahun serta empat ustaz sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.
Difahamkan, kejadian disedari seorang pelajar ketika naik ke tingkat atas asrama, sebelum terdengar letupan pada salah satu pendawaian elektrik.
“Pelajar itu kemudian memaklumkannya kepada guru sebelum naik naik semula ke tingkat atas.
“Selepas menyedari kebakaran berlaku, semua pelajar diarah keluar menyelamatkan diri,” katanya.
Api berjaya dikawal sepenuhnya jam 6.46 petang dengan dibantu anggota dari BBP Padungan.
Punca sebenar kebakaran masih disiasat.
Bangunan maahad tahfiz terbakar, 20 pelajar, 4 ustaz selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.