OKU rugi lebih setengah juta terperdaya tawaran kerja tidak wujud
OKU rugi lebih setengah juta terperdaya tawaran kerja tidak wujud
GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud.
Mangsa berusia 45 tahun dikatakan mula terjerat Disember lalu selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek menawarkan peluang pekerjaan kepada mangsa bagi menjual barangan permainan kanak-kanak menerusi aplikasi TikTok dengan janji keuntungan antara 10 hingga 15 peratus.
Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu diminta mengeluarkan wang bagi menampung kos harga barangan tempahan pelanggan.
“Mangsa melakukan 41 transaksi pemindahan wang berjumlah RM523,350 daripada akaun peribadi ke lima akaun bank berbeza menerusi mesin deposit tunai (CDM), antara 18 Disember hingga Isnin lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Lelaki itu mendapati tiada sebarang keuntungan diterima daripada pekerjaan berkenaan, malah suspek masih meminta bayaran tambahan.
“Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu dan enggan membuat bayaran lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Alwi berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, semalam, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
OKU rugi lebih setengah juta terperdaya tawaran kerja tidak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.