Warga emas tinggal kereta atas jambatan dipercayai jatuh Sungai Muar

Warga emas tinggal kereta atas jambatan dipercayai jatuh Sungai Muar

Warga emas tinggal kereta atas jambatan dipercayai jatuh Sungai Muar
Operasi mencari dan menyelamat warga emas yang dikhuatiri terjatuh Sungai Muar dari atas Jambatan Panchor, Jalan Panchor-Gersik, Muar awal pagi semalam, digerakkan selepas laporan diterima pihak berkuasa. – Foto PDRM

TANGKAK: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri terjatuh Sungai Muar dari atas Jambatan Panchor, Jalan Panchor-Gersik di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 8.54 pagi selepas dimaklumkan anak mangsa.

Mangsa yang berusia 62 tahun dilaporkan keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu sekitar jam 6 pagi dengan menaiki kereta jenis Mazda CX5 berwarna kelabu.

“Mangsa memakai baju kemeja kotak berlengan pendek serta kain pelekat berwarna biru ketika keluar rumah.

“Anak mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada jam 7.50 pagi memaklumkan telefon bimbit mangsa dijawab oleh orang awam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Orang awam berkenaan memaklumkan bahawa mereka menemui kereta milik mangsa ditinggalkan atas Jambatan Panchor.

“Susulan maklumat itu, pengadu mengesyaki mangsa telah terjatuh Sungai Muar,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) digerakkan sejurus laporan dibuat, membabitkan kerjasama antara polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

“Hingga kini, mangsa masih belum ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang (OH),” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak di talian 06-9785222,” katanya.

Warga emas tinggal kereta atas jambatan dipercayai jatuh Sungai Muar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker