Polis trafik saman ‘polis’ tunggang motosikal tanpa lesen
Polis trafik saman ‘polis’ tunggang motosikal tanpa lesen

JAKARTA – Satu klip video tular di Medan, wilayah Selatan Sumatera memaparkan seorang pegawai polis disaman oleh anggota polis trafik kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan lesen memandu, lapor laman berita Kompas.
Kejadian dirakam di Jalan Lawa dalam daerah Medan Timur, semalam.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @OfficialiNews menunjukkan pertelingkahan secara lisan di antara dua pegawai terbabit.
Lelaki yang mengenakan seragam polis itu mengamuk selepas diberikan surat saman.
Ketua Polis Medan Timur, Komisioner Agus tampil menjelaskan bahawa individu tersebut merupakan penduduk tempatan yang meminjam motosikal salah seorang pegawai polis.
“Pegawai saya dikenali sebagai Inspektor DS meminta bantuan daripadanya untuk membeli makanan kerana dia sedang menjaga banduan.
“Lelaki itu menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan lesen memandu, menyebabkan dia disaman oleh anggota polis trafik,” tambah Agus. – AGENSI
Polis trafik saman ‘polis’ tunggang motosikal tanpa lesen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.