PGA rampas rokok seludup, elektronik bernilai RM1.2 juta di Tumpat

PGA rampas rokok seludup, elektronik bernilai RM1.2 juta di Tumpat

PGA rampas rokok seludup, elektronik bernilai RM1.2 juta di Tumpat
Rokok seludup dan rokok elektronik bernilai RM1.2 juta yag dirampas PGA dalam dua serbuah di Tumpat. – Foto ihsan PGA

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok seludup dan rokok elektronik dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini antara tengah malam kelmarin sehingga petang semalam.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pertama menerusi Op Taring Wawasan itu dilakukan di Pulau Tengkorak jam 12.30 tengah malam kelmarin, membabitkan rampasan rokok seludup bernilai RM935,000.

“Hasil serbuan berjaya menemui 500,000 batang rokok putih di dalam bangunan dengan anggaran keseluruhan bernilai RM 935,000. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata serbuan kedua membawa kepada rampasan 2,890 unit cecair dan 1,478 rokok elektrik membabitkan nilai RM273,000 di sebuah premis di Kampung Chabang Empat, jam 4.30 petang semalam.

Katanya, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan untuk siasatan lanjut apabila gagal mengemukakan sebarang dokumen dan lesen sah berkaitan perniagaan rokok elektronik ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Hasil rampasan diserahkan kepada Majlis Daerah Tumpat (MDT) untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(5)(c) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDT 2019,” katanya.

 

PGA rampas rokok seludup, elektronik bernilai RM1.2 juta di Tumpat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker