Nafuzi persiap strategi ampuh hadapi Indonesia
Nafuzi persiap strategi ampuh hadapi Indonesia

Jakarta: Berbekalkan momentum daripada kemenangan besar 7-1 ke atas Brunei hari ini, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara tidak berlengah dalam mengatur percaturan untuk menghadapi cabaran lebih getir menentang Indonesia pada 21 Julai ini bagi merebut tempat ke separuh akhir Piala Mandiri B-23 ASEAN.
Ketua jurulatih Nafuzi Zain berkata, fokus kini tertumpu sepenuhnya kepada membina strategi ampuh dan mempersiapkan pemain dari segi mental dan fizikal menjelang aksi penentu Kumpulan A itu.
“Perlawanan menentang Indonesia adalah cabaran terbesar. Tetapi kita tidak akan berundur. Fokus kini adalah pada pemulihan pemain serta persiapan mental dan fizikal menjelang aksi seterusnya,” katanya selepas perlawanan di sini.
Beliau berkata, analisis terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Indonesia namun beliau tidak menafikan cabaran serta tekanan beraksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK).
Keadaan itu katanya memerlukan pemain melakukan persiapan diri dengan semangat juang yang tinggi bagi menyaingi sorakan padu penyokong tuan rumah dan turun dengan penuh keyakinan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Sementara itu, mengulas strateginya menukar kesebelasan utama menentang Brunei hari ini, katanya hal itu dilakukan berikutan masalah kecederaan pemain selain bertujuan memberi peluang kepada pemain lain untuk mendapatkan pengalaman.
Pemain terbaik perlawanan hari ini, Muhammad Haqimi Azim Rosli, yang menjaringkan dua gol bertekad untuk memberikan yang terbaik dan membawa momentum kemenangan itu ke aksi seterusnya.
“Saya janji akan beri 100 peratus untuk bantu pasukan mara ke separuh akhir,” katanya.
Nafuzi persiap strategi ampuh hadapi Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.