Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur [VIDEO]
“Excited Macam Bella Tunjuk Dia”
Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur [VIDEO]
Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan serta chemistry yang ditunjukkan semasa menghadiri majlis pembukaan semula butik dan ulang tahun ke-40 Solar Time di IOI City Mall, Putrajaya.
Kehadiran Bella dan Syed Saddiq merasmikan majlis tersebut bersama barisan kakitangan tertinggi Solar Time telah memeriahkan suasana. Bukan itu sahaja, Bella juga turut membuat persembahan nyanyian yang mencuri perhatian tetamu dan pengunjung IOI City Mall.
Bella yang menyanyikan lagu baharunya iaitu “Lebih Indah Terpisah” telah mendapat pujian ramai dengan suaranya yang lunak. Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menyanyi sambil menunjukkan ke arah Syed Saddiq. Reaksinya itu telah membuatkan ramai peminat BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) gembira.
Tetapi di sebalik persembahan nyanyian Bella itu, gelagat seorang individu yang teruja dan fangirling terhadap penyanyi itu telah dirakam. Individu tersebut dikenali sebagai Junyi Kwan, Pengarah Pembangunan Perniagaan A.D. Time Sdn. Bhd.
![Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/07/7-2.webp)
Melihat reaksinya yang cukup teruja itu telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial, terutamanya TikTok dan Instagram, terhibur melihat Junyi ‘fangirling’ terhadap Bella dan juga Syed Saddiq.
“Boss cheesing so hard! Tapi sporting lah sebab keluar daripada pemandangan kamera walaupun sedikit”, komen @a2ag_ar di Instagram.
“Boss senyum lebar”, komen @nur_kasseh di Instagram.
“Bosnya terlebih excited bila YB tunjuk mini love kat Bella”, komen @naxatul_shema di Instagram.
@solartimemy Replying to @ashhhh_ny You’ve probably seen our boss fangirling over @bellaastillah performing her new song Lebih Indah Berpisah. Now, here’s the video from his POV for the full experience! 🤭 And if you’re curious about what the celebration is for, visit us at our roadshow to find out more! 🛒 Up to 44% off on selected models and brands 📅 17-20 July 2025 📌 LG, West Wing, IOI City Mall, Putrajaya See you there! #solartimemy #SolarTimeTurns44 #bossolartime #bellaastillah #syedsaddiq #BASS
“Perasan jugak dia ni semalam, dia punya excited macam Bella tunjuk dia”, komen @ami_amalina di TikTok.
“Bos Solar dah terBASS BASS ni”, komen @massh81 di TikTok.
“Bos dapat vitamin BASS secara live, bro is blushing”, komen @rehana_saat.
Lihat gelagat Junyi yang tular itu, nampaknya kelab peminat BASS sudah berjaya merekrut ahli baru.
Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.