Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq? [VIDEO]

“Asyik Ingat U Jerr”-

Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq? [VIDEO]

Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq? [VIDEO]

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan Bella Astillah, buat siaran LIVE bersama.

Live itu bermula macam biasa saja, mereka berbual-bual santai. Tapi semuanya jadi panas manja bila Bella mengaku dia jarang minum air.

“Kurang minum air lah..” ujar Bella, dengan muka serius.

Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq? [VIDEO]

 

Mendengar itu, Saddiq yang memang terkenal suka ‘menyoal’, terus menyampuk dengan nada serius tapi kelakar,

“Malaysia ni punyalah kaya dengan sungai, banyak air, kenapa boleh lupa air?”

Fuh! Macam dalam Parlimen bunyinya,  sampai Bella pun terdiam sekejap.

Tapi jangan pandang sebelah mata Bella. Tak lama lepas tu, dia berjaya ‘patahkan’ Saddiq dengan satu pick-up line maut:

“Lupa minum air… sebab asyik ingat U je…”

Saddiq terus terdiam seribu bahasa, cuma mampu senyum malu-malu. Dalam ruangan komen, netizen pula yang ‘banjir’ dengan reaksi bersemut.

“Yang sorang banyak soal, yang sorang pandai jawab. Tak menang la kau Saddiq ”
“Dalam Parlimen boleh la menang hujah, tapi luar Parlimen kalah juga YB kita ni!”
“Bella ni memang champion distract orang hahaha”

@bassforever1

#syedsaddiq #bellaastillah #bass #fyp

♬ original sound – Bae ✧ – Bae ✧

Rata-rata ramai yang terhibur melihat perang manja antara dua-dua ni . Sorang ‘tegas’, sorang ‘licik’. Siapa sangka Saddiq yang biasa lantang berhujah di dewan rakyat, boleh kalah dengan satu ayat je?

Kalau anda belum tengok video ni, cepat-cepat scroll TikTok , jangan terlepas babak paling sweet & bersemut minggu ni!

“Kalau Bella jadi pembangkang pun Saddiq boleh kalah ni…”
“Strategi dia power, distract YB sampai hilang fokus!”

Tak kurang juga yang mendoakan supaya ada lagi ‘episod’ mereka selepas ini sebab dua-dua punya chemistry yang bukan calang-calang. Jadi, kita tunggu saja kalau ada lagi live seterusnya.  Mungkin kali ini Saddiq pula yang kena buat pick-up line balas. Jangan asyik kalah je YB!

Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq? [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker