6 lelaki ditahan dalang kes pecah rumah

6 lelaki ditahan dalang kes pecah rumah

6 lelaki ditahan dalang kes pecah rumah
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

KOTA BHARU: Polis menahan enam lelaki yang mendalangi kejadian pecah pecah menerusi empat tangkapan berasingan di sini, tengah malam tadi.

Tangkapan dilakukan jam 12.30 tengah malam membabitkan suspek berusia 20 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tangkapan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan tengah hari kelmarin daripada wanita warga emas berkaitan kediamannya dipecah masuk pada Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, warga emas berkenaan mengalami kerugian RM2,500 selepas sebuah motosikal serta beberapa barangan lain dilarikan.

“Susulan itu bertindak atas maklumat, polis menahan seorang suspek sebelum membawa kepada tangkapan lima lagi suspek menerusi empat siri tangkapan berasingan pada hari yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Hasil tangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa barang kes yang dicuri dalam kejadian pecah rumah pada Jumaat lalu termasuk enjin air dan kusyen kereta.

“Semakan rekod mendapati lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah serta empat suspek positif dadah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.

 

6 lelaki ditahan dalang kes pecah rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker