2 kanak-kanak ditemui lemas dalam parit
2 kanak-kanak ditemui lemas dalam parit

SHAH ALAM: Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kedua-dua mangsa berusia sembilan dan 12 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi.
“Komander operasi melaporkan dua kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam parit.
“Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Che Syazwan Irwan Shah, 12, dan Arshidayan Arijanto, 9, ditemui sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
2 kanak-kanak ditemui lemas dalam parit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.