Selepas dipukul sekumpulan individu, mangsa direman untuk siasatan kes curi
Selepas dipukul sekumpulan individu, mangsa direman untuk siasatan kes curi

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki mangsa pukul sekumpulan individu dan dipaksa masuk ke dalam sebuah pikap sebagaimana paparan video yang tular, ditahan polis bagi membantu siasatan satu kes curi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata terdahulu polis mengesan satu rakaman video berdurasi dua minit dan lima saat tular dalam TikTok yang memaparkan kejadian itu.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku di daerah ini pada jam 7.16 malam Rabu lalu, yang dipercayai berpunca daripada dakwaan curi barang kemas membabitkan lelaki itu.
“Dalam rakaman video itu, tiga suspek lelaki dilihat memukul mangsa di bahagian kepala dan badan tanpa menggunakan senjata, sebelum memaksanya masuk ke dalam sebuah pikap.
“Mangsa telah menerima rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan pada bahagian muka serta kepala.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Bagaimanapun, polis menahan mangsa atas satu kes curi dan dia kini direman empat hari hingga 20 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, malam ini.
Pada masa sama, beliau berkata, polis juga sedang mengesan semua suspek yang memukul mangsa, untuk tindakan lanjut.
“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sarina Mohd Adam, melalui talian 017-2912781 bagi membantu siasatan.
“Polis menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri, dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.
Selepas dipukul sekumpulan individu, mangsa direman untuk siasatan kes curi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.