Lelaki maut di tapak pembinaan disahkan kontraktor, polis kata tiada unsur jenayah

Lelaki maut di tapak pembinaan disahkan kontraktor, polis kata tiada unsur jenayah

Lelaki maut di tapak pembinaan disahkan kontraktor, polis kata tiada unsur jenayah
Seorang lelaki ditemukan mati di Kawasan Projek Perumahan Ketengah, dekat Bandar Almuktafi Billah Shah, di sini. – Foto tular

DUNGUN: Lelaki yang ditemui mati di tepi kenderaan berhampiran Projek Perumahan Ketengah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun, hari ini disahkan bekerja sebagai kontarktor di tapak pembinaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa, 43, berasal dari Kuala Lumpur dan dikatakan baru sebulan bekerja di situ, dengan menyewa sebuah rumah berdekatan tapak pembinaan.

Katanya, mayat ditemui beberapa pekerja selepas melihat pacuan empat roda mangsa dalam keadaan enjinnya masih hidup di luar tapak pembinaan.

Atas maklumat diterima, sepasukan polis ke lokasi dan menemukan mayat terbaring di atas tanah, dengan sebilah pisau ditemui di sebelahnya.

“Pemeriksaan menemukan kesan luka di beberapa bahagian badan mangsa dipercayai kesan kelar.

“Bagaimanapun pemeriksaan serta siasatan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat,” katanya.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes dikalsifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Lelaki maut di tapak pembinaan disahkan kontraktor, polis kata tiada unsur jenayah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker