Soon Huat-Shevon mara suku akhir
Soon Huat-Shevon mara suku akhir
Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Singapura dalam aksi pusingan kedua hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan mereka bakal berdepan pemenang antara rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin atau gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada suku akhir esok.
Selain Soon Huat-Shevon, tujuh lagi beregu negara turut beraksi dalam pusingan kedua hari ini membabitkan empat beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita.
Pemenang acara perseorangan akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$66,500 (RM282,978) manakala naib juara bakal menerima AS$32,300 (RM137,460).
Sementara itu, juara acara beregu pula bakal meraih AS$70,300 (RM299,148) manakala naib juara AS$33,250 (RM141,494).
Terbuka Jepun adalah kejohanan Siri Jelajah Dunia berstatus Super 750 dengan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan AS$950,000 (RM4 juta).
Soon Huat-Shevon mara suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.