Sindiket bitcoin semakin kreatif sorok kegiatan perlombongan
Sindiket bitcoin semakin kreatif sorok kegiatan perlombongan

ALOR SETAR: Sindiket bitcoin haram memasang tiga lapisan pintu besi dan memainkan bunyi burung untuk menutup bunyi mesin bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
Helah itu bagaimanapun terbongkar selepas pihak berkuasa menjalankan serbuan serentak ke atas tujuh premis sekitar Alor Setar dalam operasi khas bersama Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis hari ini.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata sindiket itu kini semakin kreatif dan berani dalam menyembunyikan kegiatan mereka, malah tidak lagi gentar walaupun premis sudah banyak kali diserbu.
“Di salah satu premis, kita terpaksa memanggil bomba untuk pecah masuk kerana mereka memasang tiga pintu besi dengan begitu kukuh.
“Mereka juga menarik kabel dari pelbagai arah, ada dari sebelah kiri tangga, ada dari sebelah kanan bagi mengelirukan penguatkuasa,” katanya ketika ditemui media selepas menyertai operasi penguatkuasaan di tujuh premis berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Akmal berkata, kegiatan haram itu bukan saja melanggar undang-undang tetapi juga amat berbahaya kerana membabitkan pengubahsuaian sistem elektrik secara tidak sah.
“Kita dapati mereka menukar fius dan meningkatkan kapasiti bekalan elektrik daripada 200 Amp kepada 400 Amp sesuatu yang sangat merbahaya.
“Ini boleh mengakibatkan kebakaran atau kerosakan sistem elektrik dan sudah tentu memberi risiko besar kepada penduduk berhampiran,” jelasnya.
Beliau berkata, di premis pertama, pihak berkuasa menemui sebanyak 80 buah mesin perlombongan bitcoin yang beroperasi secara serentak menggunakan tenaga tinggi.
“Setiap mesin ini menggunakan kuasa seperti satu penghawa dingin 2.5HP (kuasa kuda). Jadi bayangkan jika 80 mesin beroperasi serentak tanpa henti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Kos elektrik dicuri bagi premis ini saja dianggarkan mencecah RM86,000 sebulan,” katanya.
Beliau berkata, kerugian bagi ketujuh premis dalam serbuan operasi hari ini adalah dianggarkan RM273,679 sebulan.
“Kita akan teruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa kerana pencegahan hanya berkesan dengan tindakan berterusan dan kerjasama semua pihak.
“Fokus kita ialah hentikan kecurian tenaga dan pastikan keselamatan sistem bekalan untuk semua pengguna,” tegasnya.
Beliau turut menasihati pemilik premis agar lebih bertanggungjawab dan memastikan penyewa tidak menyalahgunakan bekalan elektrik secara haram.
“Gunakan prosedur ‘change of tenancy’ (pertukaran hak sewa) di TNB supaya tanggungjawab penggunaan elektrik diserahkan kepada penyewa yang sah.
“Kita dapati banyak kes berlaku kerana pemilik premis tidak memantau dan akhirnya menanggung kesan,” katanya.
Sindiket bitcoin semakin kreatif sorok kegiatan perlombongan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.