Selepas ibu, si anak pula meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu
Selepas ibu, si anak pula meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu

KULIM: Remaja perempuan yang dirawat di Hospital Kulim akibat kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan bersama ibunya di simpang Padang Limau, Jalan Kulim-Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob, Isnin lalu, meninggal dunia, semalam.
Nurul Suhada Balqis Mohd Azizudin, 15 tahun yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Mutiara meninggal dunia, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kulim jam 6.20 petang semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan yang memaklumkan kematian remaja itu selepas dua hari ibunya terkorban dalam.
Ibu remaja itu Suhana Hamid, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian jam 4.40 petang itu’
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Isnin lalu, dilaporkan seorang ibu maut manakala anak perempuannya yang berusia 15 tahun cedera di kepala selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan selepas simpang Padang Limau, Jalan Kulim – Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob.
Dalam kejadian itu, suri rumah itu yang menaiki motosikal jenis SYM itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan manakala anaknya dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
Selepas ibu, si anak pula meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.