Polis sahkan terdapat aktiviti b0g3l pada program motivasi rumah tangga
Polis sahkan terdapat aktiviti b0g3l pada program motivasi rumah tangga

Shah Alam: Polis mengesahkan terdapat aktiviti bogel dilakukan oleh empat individu pada program motivasi rumah tangga di Pusat Konvensyen IDCC, di sini, pada 27 hingga 30 September tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati aktiviti itu berlaku pada waktu malam dikenali sebagai ‘Queens Night’ anjuran syarikat motivasi terbabit.
“Pada majlis itu, memang ada kegiatan bogel yang dilakukan oleh empat individu. Acara itu dipanggil sebagai ‘Queens Night’ yang dilakukan pada malam terakhir program berkenaan.
“Siasatan mendapati aktiviti bogel itu dilakukan oleh fasilitator dan juga peserta program berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Hussein berkata, terdapat dua pakej yang ditawarkan pada program ini, di mana Pakej A berharga sekitar RM6,000 manakala Pakej B berharga sekitar RM9,000.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Pakej B mempunyai tambahan program yang dikenali sebagai ‘Queens Night’, aktiviti bogel itu juga dipanggil sebagai ‘rebirth’.
“Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan pada program berkenaan termasuk beberapa cecair yang digunakan sebagai minuman pada majlis itu,” katanya.
Katanya, pihaknya sudah mengenal pasti 50 peserta yang menyertai program berkenaan dan mereka diminta untuk tampil bagi memberi keterangan.
“Kita sudah ada semua senarai peserta, mereka diminta tampil untuk hadir dan setakat ini seramai 30 individu sudah tampil memberi keterangan.
“Siasatan juga mendapati program ini tidak hanya memfokuskan individu beragama Islam sebaliknya ia dianjurkan kepada semua,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Katanya, pihaknya juga sudah menghantar kandungan cecair yang dirampas kepada Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan cecair berkenaan.
“Kita juga kesan terdapat dari kalangan penjawat awam yang menyertai program ini, siasatan lanjut masih dijalankan, beri kami ruang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga bersama empat individu lain direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis terhadap semua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 57 tahun.
Polis sahkan terdapat aktiviti b0g3l pada program motivasi rumah tangga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.