Polis cekup 4 remaja lakukan aksi ‘dungu’
Polis cekup 4 remaja lakukan aksi ‘dungu’

BANDAR RAYA NEW YORK – Seramai empat remaja ditahan selepas dirakam melakukan aksi lagak ngeri di atas gerabak kereta api di New York, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Aksi berbahaya mereka dirakam dron Unit Tindak Balas Bantuan Teknikal sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) berhampiran Jambatan Westchester Avenue dalam daerah Bronx, Khamis minggu lalu.
Rakaman video memaparkan empat remaja berumur antara 12 hingga 16 tahun itu berdiri di atas gerabak kereta api yang bergerak laju.
Selepas mengeluarkan telefon bimbit, mereka melompat berulang kali sebelum menari.
“Empat remaja terbabit diberkas selepas kereta api berhenti di Stesen Parkchester.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Mereka dibawa ke balai polis berhampiran dan didakwa melakukan perbuatan berbahaya,” kata seorang jurucakap Jabatan Polis New York (NYDP) semalam.
Perbuatan berisiko mengundang maut itu mencetuskan kebimbangan kepada pihak berkuasa susulan beberapa kematian dan kecederaan dalam kalangan remaja membabitkan kereta api.
Pada 4 Julai lalu, seorang remaja berumur 15 tahun maut terjatuh ke tengah landasan ketika berdiri di atas gerabak kereta api di Stesen Queensboro Plaza. – AGENSI
Polis cekup 4 remaja lakukan aksi ‘dungu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.