‘Perjumpaan atas usaha ketua UMNO bahagian’

‘Perjumpaan atas usaha ketua UMNO bahagian’

'Perjumpaan atas usaha ketua UMNO bahagian'

SHAH ALAM – Perjumpaan ketua-ketua UMNO bahagian di ibu negara Khamis ini dianjurkan atas inisiatif sendiri dan tidak melibatkan pengurusan tertinggi UMNO.

“Memang sah akan ada perjumpaan, tetapi bukan program rasmi parti, sebaliknya usaha ketua-ketua bahagian,” jelas sumber dalaman UMNO kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, setakat ini lebih 140 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara sudah mengesahkan kehadiran.

Menurut sumber tersebut, perjumpaan itu tercetus susulan rasa tidak puas hati terhadap kelewatan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan membenarkan Najib menjalani hukuman secara tahanan rumah.

“Kami sudah lama bersabar, tapi bila ada pemimpin yang mempertikai titah tersebut, kami tak boleh diam lagi. Ini bukan soal individu, tapi maruah dan keadilan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Beliau turut mendedahkan lokasi perjumpaan dijangka berlangsung di sebuah hotel di Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Katanya, langkah itu diambil selepas melihat kerajaan seolah-olah berdiam diri dalam isu Titah Adendum, selain tekanan berterusan daripada beberapa tokoh pembangkang.

 

‘Perjumpaan atas usaha ketua UMNO bahagian’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker