Peraturan baharu penalti Piala Dunia 2026
Peraturan baharu penalti Piala Dunia 2026

London: Sepakan susulan daripada sepakan penalti mungkin akan dimansuhkan menjelang Piala Dunia 2026, menurut laporan terbaharu, semalam.
Selain itu, semakan VAR untuk kad kuning kedua dan sepakan penjuru juga sedang dipertimbangkan, ketika penggubal undang-undang bola sepak meneroka lebih banyak perubahan radikal.
Dalam langkah besar yang bakal mengubah lebih sejarah 134 tahun bola sepak, cadangan itu akan menjadikan sepakan penalti sebagai satu percubaan sahaja. Jika sepakan gagal, permainan akan disambung semula dengan sepakan gol untuk pasukan lawan.
Walaupun sebarang keputusan memerlukan kelulusan daripada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), sokongan terhadap idea itu semakin meningkat.
Ramai tokoh bola sepak percaya hukuman penalti selalunya memberi kelebihan terlalu besar kepada pasukan penyerang berbanding jenis kesalahan dilakukan dalam kotak penalti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Memberikan peluang kedua untuk menjaringkan gol selepas sepakan awal menerusi lantunan dianggap sebagai kelebihan yang tidak adil, lebih-lebih lagi kerana penjaga gol sudah dikenakan peraturan ketat seperti mesti mengekalkan satu kaki di atas atau di belakang garisan semasa sepakan diambil.
Satu lagi hujah ialah, dengan menjadikan penalti sebagai sepakan tunggal mirip peraturan penalti dalam sukan hoki, perdebatan mengenai pemain yang “menceroboh” masuk sebelum sepakan diambil akan menjadi tidak relevan kerana permainan akan dihentikan sejurus selepas sepakan.
Di bawah perubahan undang-undang yang dicadangkan itu permainan akan disambung semula dengan sepakan tengah di garisan separuh padang jika penalti dijaringkan, atau sepakan gol jika ia gagal tanpa mengira sama ada penjaga gol menepis bola keluar atau tidak.
Ini bermakna detik ikonik seperti gol lantunan Harry Kane menentang Denmark selepas sepakan penaltinya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel dalam separuh akhir Euro 2020 tidak akan dikira.
Begitu juga dengan gol penyamaan Xabi Alonso dalam kebangkitan epik Liverpool pada final Liga Juara-Juara 2005 menentang AC Milan juga tidak akan sah di bawah peraturan baharu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Perubahan peraturan dicadangkan itu sedang dibincang di peringkat tertinggi, selaras dengan usaha badan bola sepak dunia untuk menambah baik permainan menjelang Piala Dunia 2026 yang pertama kali menampilkan 48 pasukan.
Peraturan baharu penalti Piala Dunia 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.