Penuntut UCSI warga Myanmar disahkan maut jatuh tingkat 26 kondo
Penuntut UCSI warga Myanmar disahkan maut jatuh tingkat 26 kondo

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan seorang penuntut warga Myanmar di sebuah universiti swasta di Cheras sejak 9 Julai lalu terungkai apabila pihak polis mengesahkan mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di Taman Connaught, Cheras.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.30 pagi, 9 Julai lalu sebelum siasatan lanjut dijalankan.
“Siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi juga mengesahkan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan kondominium terbabit.
“Bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mendapati punca kematian adalah akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ridzuan berkata, bapa mangsa berusia 54 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Myanmar hadir ke Jabatan Forensik HCTM semalam untuk mengecam jenazah anaknya berdasarkan tanda lahir di bahagian pinggang kiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Pihak keluarga memaklumkan mayat Sithu Hpone Maw, 20, akan dibawa pulang ke Myanmar pada 22 Julai ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Kelmarin, BH melaporkan polis Cheras mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang penuntut warga Myanmar di Universiti UCSI yang dilaporkan gagal dikesan sejak minggu lalu.
Ridzuan dilaporkan berkata laporan kehilangan Hpone Maw dibuat wakil pihak pengurusan UCSI pada jam 9.05 malam Isnin lalu, tadi selepas penuntut terbabit gagal dikesan sejak 9 Julai lalu.
Penuntut UCSI warga Myanmar disahkan maut jatuh tingkat 26 kondo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.