Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomba guna dron
Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomba guna dron

MUAR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dipercayai hilang setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong di sini, diteruskan untuk hari ketiga, hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata operasi mencari mangsa yang juga dikenali sebagai Ija, dimulakan seawal 8 pagi membabitkan kira-kira 60 pegawai dan anggota polis serta pasukan bomba dan penyelamat.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata pencarian diteruskan menggunakan bot milik polis dan bomba untuk bahagian permukaan air serta pemantauan dari udara menggunakan dron milik bomba.
Beliau berkata setakat 10 pagi ini, pihaknya masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.
“Kita akan maklumkan perkembangan terkini sekiranya ada penemuan atau petunjuk baharu dan saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Kami tidak akan meninggalkan sebarang aspek atau unsur yang perlu disiasat termasuk elemen lain, siasatan akan terus dijalankan dan kini ia masih lagi dikategorikan sebagai orang hilang,” katanya.
Selasa lalu, Bernama melaporkan Ija dipercayai hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai berkenaan namun mangsa tidak ditemukan dalam kenderaannya itu. – BERNAMA
Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomba guna dron
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.